Ahad, 22 September 2013

TAK SUKA TAK APA BAB 1





KERIUHAN kota keriangan Genting Highlands petang itu buat Nad lagi sakit kepala. Betul-betul kepalanya jadi serabut.Langsung tidak memberi apa-apa ketenangan. Kenapalah dia boleh terjebak ikut sama percutian yang bersifat sia-sia dan tidak berfaedah langsung. Tempat begitu tidak sesuai untuk melapangkan fikiran. Bertambah sesak adalah. Nad perlukan tempat yang sunyi sepi dan mendamaikan. Nad rindu kehijauan Cameron Highlands dengan udaranya yang nyaman dan Nad kepingin benar menghirup udara segar kebiruan air laut. Namun hajat itu terpaksa disimpan buat sementara waktu memandangkan dia kalah dalam undian 1 lawan 2 dan tentulah 2 yang  menang.

Nad tarik nafas panjang. Kalau perasaan ini bukan namanya bosan,apa lagi perkataan yang sesuai menggambarkan  keadaannya? Kalau boleh balik,sudah lama dia lari balik. Dia rela duduk di rumah saja untuk menghabiskan cuti yang ada.

Langkah perlahan Nad atur satu-satu di tengah-tengah kesesakkan. Mahu mencari tempat yang lebih selesa dari keriuhan. Tapi di mana? Setiap sudut ada  saja manusia. Masing-masing nampak gembira. Hanya dia saja yang tak habis-habis dengan bosan,bosan dan bosan.

Tiba-tiba tangan Nad dipegang kemas oleh seorang lelaki dan lelaki itu ajak Nad berlari seperti sedang dikejar sesuatu. Nad meronta minta tangan dilepaskan. “Eh,awak salah pegang tanganlah,” kata Nad. Rasa terkejut saling mengusai perasaannya ketika itu. TIba-tiba saja tangan dipegang tak tentu pasal. Orang gila ke apa ni?

Lelaki itu masih berdegil. Akhirnya terpaksalah Nad tampar belakang lelaki tersebut dengan kuat. Hanya dengan cara itu saja membuatkan langkah lelaki yang Nad tidak kenali langsung terhenti dan tangan Nad dilepaskan segera.

“Awak dah salah pegang tanganlah. Saya bukan kekasih awak,” ujar Nad sambil gosok pergelengan tangan kiri yang sedikit sakit akibat dipegang dengan kuat. Gila betul. Suka-suka hati nak pegang tangan orang.

Lelaki itu pandang Nad dengan pandangan tepat.

“Awak salah orang,’ tegas Nad sekali lagi bila nampak lelaki yang berdiri di hadapannya semacam orang bingung saja. Entah apa-apa. Sedang cuaca terang benderang begini pun masih tidak kenal orang. Masalah betul.

Syed Imran senyum puas. Saya tak salah orang, awak. Saya pegang tangan orang yang betul sebentar tadi. Awak tu aje yang tak perasan.

“Ya? Betul awak tak kenal saya? Bukan kita sekarang pasangan kekasih? Macam mana awak boleh nafikan hubungan kita? Awak, awak jangan buat saya macam ni. Saya kekasih awak. Awak tak kenal saya ke? Dah enam bulan kita jadi pasangan kekasih,” jelas Syed Imran. Matanya masih pandang Nad. Gadis yang sudah menjadi intaian sejak Nad di semester pertama lagi. Cuma baru hari ini berani mahu menyapa dan buat perangai. Sudah buntu memikirkan cara untuk memulakan perkenalan. Namun hari ini seperti sudah terbuka jalan untuk memulakannnya walau dengan cara yang tidak terduga. Maaf awak. Saya tak ada cara lain.

Rasa seluruh badan Nad menggeletar. Lelaki berkulit sedikit gelap dengan tubuh yang agak tinggi dan rasa-rasanya usia mereka tidak jauh beza, Nad pandang dengan rasa takut dan tanda tanya. Lelaki itu hilang ingatan atau aku yang gila sekarang ini? Bila masa aku berkasih, soal Nad di dalam hati lagi. Pelik. Memang Nad tidak kenal langsung.

“Eh! Saya tak kenal awak. Serius ni, saya tak kenal awak. Nama saya Intan Nadhira. Awak salah orang ni.” Nad cuba yakinkan lelaki itu.

“Nad, awak tak ingat saya ke? Saya Syed Imran. Saya sudah jadi kekasih awak selama enam bulan. Kenapa awak masih tak ingat saya?” Terpaksa Syed Imran memperkenalkan dirinya dan cuba menyakinkan Nad tentang keadaan sebenar walaupun tipu semata-mata. Saja mahu kelirukan Nad.

Nad gigit hujung bibirnya. Ya Tuhan, aku memang sudah gila rupanya. Kenapa aku tidak boleh kenal lelaki bernama Syed Imran ini sedangkan dia memanggil aku dengan Nad. Hanya orang yang paling rapat denganku saja memanggil aku dengan nama itu dan yang lainnya akan memanggil aku dengan Intan. Nad tepuk dahi. Dia benar-benar keliru ketika ini. Yang mana satu mahu percaya, diri sendiri atau kata-kata Syed Imran. Ya ampun, aku tak mahu jadi orang gila.

“Maaf, awak memang sudah salah orang. Saya masih ingat lagi. Selama enam bulan ini saya tidak pernah ada sebarang hubungan dengan lelaki. Jauh sekali memiliki seorang kekasih. Saya rasa awak memang salah orang.” Sekerasnya Nad menafikan. Memang dia tidak pernah ada kekasih sebelum ini.

“Nad, pandang muka sayaa,” kata Syed Imran pula. Dalam hati sudah gelak sakan. Mahu dia tak gelak bila situasi ketika itu sangat lawak. Melihat kekeliruan pada wajah Nad saja buat Syed Imran tidak tahan. LUcu gila wajah Nad ketika itu.

“Memang saya pandang muka awak.” Lelaki yang berambut lurus itu Nad pandang tak sudah. Cuba amati betul-betul. Sah, memang dia tak kenal. Kerat jari pun Nad berani bertaruh, jangan kata nak bercinta, kenal dia pun tidak.

“Awak, tolonglah. Saya belum hilang ingatan dan saya bukan orang gila tapi serius, saya memang tak kenal awak. Awak ni siapa sebenarnya?” Nad rasa mahu menangis pun ada bila tiba-tiba lelaki mengaku dia kekasihnya.

“Nad, sampai hati awak. Sampai hati awak buat saya macam ni. Apa yang dah terjadi pada awak sampai awak tak ingat saya langsung? Selama ni saya tak pernah berubah. Saya tetap setia terhadap awak. Tergamak awak tak kenal saya. Jangan berpura-pura lagi Nad. Tidak cukupkah kasih sayang saya terhadap awak selama ni? Awak nak saya buat macam mana lagi?” Mahu terburai juga ketawa kalau begini. Sudah hampir seminggu Syed Imran hafal dialog tersebut. Mujur kali ji lepas dan tak sangkut-sangkut. Kalau macam ni boleh jadi Mat Romeo.

Nad pegang dahi yang baru di tampar tadi. Dahi yang sama berkerut seribu. Kenapa ni> Kenapa dia tak ingat apa-apa? Apakah Nad sudah hilang ingatan sampai kekasih sendiri pun dia tak kenal? Tapi kenapa pula Nad harus hilang ingatan kalau selama ni dia memang waras. Nad belum diserang apa-apa penyakit yang menyebabkan daya ingatannya hilang. Ah! Siapa pulak lelaki yang tiba-tiba bersungguh mengaku Nad kekasihnya.

“Saya memang tak kenal awak. Macam mana saya nak mengaku. Tolong faham sama. Awak jangan nak memandai cakap saya kekasih awak sedangkan awak pun saya tak kenal saya siapa.” Susahnya kalau bercakap dengan orang yang tak faham bahasa ni. Dah jenuh beri penjelasan, masih tak faham-faham.
“Apa pulak saya tak kenal awak. Awak penuntut kolej Bistari. Awak tinggal di Apartment Delima. Depan apartment awak ada pokok besar. Bawah poko tulah kita selalu datng.” Syed Imran tahan gelak lagi. Jangan sampai terburai Syed Imran. Habis awak nanti. Tengok gaya memang boleh layang pelempang ninja.

“Sekejap…” Nad garu kening pula. Memang betul Nad penuntut Kolej Bistari dan tinggal di Apartment Delima. Di hadapan apartment mereka ada sepohon pokok yang daunnya bila musim kemarau akan kekuningan dan sangat cantik. Tidak pernah berbunga atau berbuah dan sentiasa menjadi naungan mereka waktu petang. Tapi Nad tak pernah dating dengan siapa-siapa di bawah pokok tu. Sumpah, dia belum terfikir nak buat kerja bodoh tu.

“Abang Im…” Dalam kalut Nad betulkan ingatan, tiba-tiba seorang gadis berdiri di haadapan mereka.

Syed Imran terus saja pandang gadis itu. Menyirap juga darah. Ni karang ada juga yang kena lempang. Kacau daun sungguh. “Sampai dah perempuan gedik ni…” Syed Imran merungut sendiri. Wajahnya juga berubah. Masam dan marah. Macam mana pulak perempuan sorang ni boleh terlepas kandang. Tahu saja ke mana Syed Imran pergi.

“Sampai sini kau ikut aku? Kau ni kenapa? Gila ke apa?” Syed Imran sengaja tinggikan suaranya. Rasa gembiranya hilang sudah. Dia baru merancang hari yang indah, tiba-tiba sudah ada pengacau. Bengangnya. Ikutkan hati memang ada yang kena.

Betul-betul buat Nad terkejut. Tiba-tiba saja Syed Imran boleh meninggikan suara. Tadi okey aje masa beritahu Nad kekasihnya. Apa kes pulak ni? Pening, pening. Tak habis satu babak, timbul pulak babak lain.

“Siapa perempuan ni? Gadis berambut panjang melepasi dada itu bertanaya sambil tunjuk jari telunjuk kanan ke arah Nad bersama rasa marah yang membuak.

“Intan Nadhira binti Hasyim. Kekasih aku. Kenapa? Kau susah hati ke?” jawah Syed Imran tidak teragak langsung. Kalau boleh dia mahu umum satu dunia, bahawa Nad itu kekasihnya. Peduli apa dia.
Nad gigit kuku jari telunjuk kanan. Berusaha sabarkan perasaan. Memang suka-suka hati saja Syd Imran ini bercakap. Ikutkan nak aje Nad lempang sekali tapi dia tidak boleh bertindak begitu. Mahu melihat adegan apa lagi selepas ni.

“Apa?” Gadis itu menyoal dengan suara kuat.

“Pekak ke? Aku cakap kekasih aku. Nak aku ulang berapa kali sampai kau boleh faham? Aku sekarang dah ada kekasih. Jadi boleh tak kau jangan ganggu aku? Berambus sekarang. Aku tak nak tengok muka kau.” Suara Syed Imran juga naik sama. Hilang sudah kesabarannya. Tak habis-habis sepupunya itu buat perangai.

Dan Nad semakin faham kini. Dia sekarang berstatuskan kambing hitam rupanya. Sebenarnya tak ada siapa-siapa yang gila. Nad sedang dipergunakan untuk sesuatu yang dia tak tahu, tapi kenapa pilih dia untuk melakonkan watak kambing hitam? Kenapa tidak pilih saja orang lain yang lebih sesuai. Atau dia sudah berada di tempat dan masa yang tidak sepatutnya? Ah! Betul-betul silap hari bulan. Dan rasanya seperti Nad kenal saja perempuan yang kena tengking ini. Macam biasa nampak.

“Sampai hati Abang Im.” Gadis itu mula mengalirkan air mata dan Nad mahu saja bercakap benar. Mahu terangkan kedudukan sebenarnya. Mahu beritahu, dia langsung tidak terlibat dalam cerita, tapi pelik Nad sendiri rasa berat mahu bercakap. Jadi penonton rasanya lebih bagus.

“Kau dah tahu aku ada kekasih bukan? Jadi apa lagi, blah sekarang. Jangan kaacau aku lagi,” Kasar saja suara Syed Imran. Dia tidak akan lemah dengan air mata murah Syarifah Khadeja. Sudah biasa lihat perempuan tu menangis. Silap sikit menangis. Kalau dikumpulkan air mata Syarifah Khadeja itu mahu cukup untuk buat air kolan renang.

Nad pandang pula Syed Imran. Mamat ni kalau saudara mara Nad, memang sah kena lempang. Suka-suka hati dia nak halau orang. Suka-suka hati buat anak dara orang menangis. Macamlah dia tu kacak sangat. Huh, meluat Nad tengok. Berlagak, betul.

“Sampai hati Abang Im buat Eja macam ni. Eja beritahu mak long nanti.” Syarifah Khadeja berlalu sambil hentak kaki dan Nad iringi langkah gadis itu dengan perasaan geram. Bukan geram pada gadis itu tetapi geram kepada Syed Imran.

“Jadi, apa hal sebenarnya ni?” Nad tanya Syed Imran dengan kasar sebaik sahaja Syarifah Khadeja berlalu pergi. Wajah Syed Imran Nad tentang dengan perasaan marah. Terang-terang Nad sudah dipergunakan.

“Panjang ceritanya.” Syed Imran garu kening, tapi sempat lagi dia jeling Nad. Suka melihat wajah Nad begitu. Tambah comel dan tambah manis. Walau susah dia dapat melihat senyuman Nad, tapi tetap manis di mata Syed Imran.

“Jadi pendekkan. Saya pun tak ada masa nak dengar cerita awak panjang-panjang,” balas Nad.

“Betul awak tak kenal saya?” Syed Imran tanya lagi dengan soalan yang membuatkan marah Nad bertambah-tambah. Lagi mahu tanya dengan soalan yang sama. Tadi sudah jelas-jelas Nad sekadar dipergunakan.

Nad gigit kuku ibu jari kanan pula sambil tahan perasaan marah. Memang nak marah tapi kemarahan itu tidak boleh dia lepaskan. Mana elok kalau Nad maki hamun dengan kata-kata kesat. Nati-nanti dia juga yang dipandang buruk. Lagipun memang Nad jarang marah orang.

“Serius saya tak kenal awak. Tolonglah jangan sambung main drama. Bukan saya tak tahu apa yang sedang berlaku terhadap awak. Sekalipun nak lari dari keadaan, jangan pergunkan orang lain sesuka hati awak. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.” Nad pandang lagi wajah Syed Imran yang sudah menampakkan sedikit perubahan.

“Okey, kalau tak kenal tak apa?” Syed Imran atur langkah. Terasa hati.

“Hey, awak belum jelaskan apa-apa lagi,” Nad tarik bahu Syed Imran.

“Apa yang saya nak jelaskan kalau awak sendiri tak kenal siapa saya. Jadi saya kira penjelasan saya tak begitu penting.” Serius saja cara Syed Imran bercakap. Dan dia marahkan Nad sama. Mustahillah tak kenal. Memang tak logic langsung. Dia yang sangat terkenal di Kolej Bistari, boleh lagi tidak kenal.

“Walaupun saya tak kenal awak, tapi saya perlukan penjelasan awak sebab awak kenal saya. Tolonglah jangan main-main, “ marah Nad.

“Memang saya ada hati nak jelaskan semua, tapi itu tadi. Sekarang ni saya dah tawar hati. Syed Imran sambung langkah. Terasa hati yang tadinya hanya separuh, kini jadi bertambah-tambah.

“Hey!” Nad separuh menjerit. Terasa dirinya diperbodohkan. Tapi Syed Imran langsung tidak peduli.

“Tak guna, dia yang cari pasal dengan aku, dia pulak yang marah aku,” rungut Nad sendirian.

“Nad.” Ada orang tampar bahunya.

“Apa?” Nad pandang belakang dengan rasa marah. Sebab itu ‘apa’ disebut kuat.Nad nampak dua teman karibnya, Shila dan Ain sudah tercegat di belakang Nad. Bermakna kedua mereka sudah melihat adegan tadi? Ah sudah! Mahu tak menang mulut mahu menjelaskan keadaan nanti. Tiba-tiba saja Nad rasa sesak nafas. Sah, pasti bakal ada acara bersoal jawab yang tidak menyenangkan

“Kau dating dengan Syed Imran? Kaulah kekasih Syed Imran? Soal Ain bertalu. Matanya bulat pandang Nad dan pamer wajah terperanjat amat sangat. Tidak sangka rupanya Nad kekasih lelaki pujaan budak perempuan kolej mereka.

“Betul Nad?” Shila pula bertanya. Masing-masing kelihatan tidak tentu arah saja sebab masing-masing tak sangka.

“Apanya yang betul?” Nad tanya balik. Serius dia sendiri tak faham dengan kedudukan sebenar. Lelaki yang bernama Syed Imran itu juga baru dia kenal beberapa minit yang lalu.

“Kau ada hubungan dengan Syed Imran?” soal Ain, ingin kepastian. Tadi sudah berpegangan tangan bagai, mustahil mahu menafikan lagi.

Nad pandang wajah Shila, kemudian Ain. “Aku nak tahu jugak, Syed Imran tu siapa sebenarnya?” Pelik jugak , macam mana Ain dan Shila boleh tahu siapa Syed Imran itu.

“Kau betul tak kenal dia?” Shila bertanya dengan perasaan sedikit tidak sedap. Tadi sudah berpegang tangan. Jadinya sah sah sudah ada hubungan namun cara Nad bertanya agak pelik. Nak rahsia apa lagi kalau rahsia sudah pecah. Syed Imran pun satu, macamlah tak ada perempuan lain. Sakit hati Shila bila tahu Nad jadi pilihan Syed Imran.

“Eh, kalau aku kenal dia, aku taklah sibuk tanya kau orang. Sebab aku tak kenallah aku tanya.” Angin sudah. Nad sudahlah begang dengan Syed Imran, sekarang Shila dan Ain pula yang buat pasal.

“Boleh tak kau jangan berlakon, Nad.” Shila perli.

“Berlakon apanya.?” Berang Nad bertambah-tambah.

“Dia kan pelajar paling popular untuk tiga semester berturut-turut? Kau pun ada undi dia bukan? Shila beritahu. Masih tak percaya dengan alasan Nad .Tahu Nad sedang sembunyikan sesuatu.

Nad tampar dahi. “Itu Syed Imran?” soalnya. Baru tahu itulah jejaka yang menjadi idaman kebanyakkan penuntut perempuan.

“Yalah,” Serentak Shila dan Ain jawab.

“Walahwei, padanlah mamat tu naik angin bila aku cakap aku tak kenal dia. Pelajar popular rupanya. Aduhai. Tapi serius, memang aku tak kenal dia,” kata Nad lagi.

“Kau dating dengan dia ke?” Shila sperti terdesak nak taju jawapan.

“Apa motif kau cakap aku dating dengan dia?” Nad soal balik Shila. Rasa marah yang sudah berkurangan tadi, datang semula. Tiba-tiba saja dituduh jadi kekasih Syed Imran sedang Nad sendiri tidak tahu hujung pangkal.

“Sebabnya dalam sejarah kolej keluaran bulan ni, Syed Imran ada beritahu yang dia sudah ada kekasih. Kekasih dia muda dua tahun daripada dia. Tak bertudung dan berambut panjang. Berkulit kuning langsat dan bertubuh langsing.” Ain bercakap sambil pandang Nad atas bawah. Semua yang Syed Imran sebut dalam majalah tersebut ada pada diri Nad.

“Warna kegemaran kekasih dia adalah warna kuning dan suka gigit kuku ibu jari kanan,” tokok Ain. Cepat-cepat Nad turunkan ibu jari kanan dari mulut dan pandang baju yang dia pakai. Memang Nad suka warna kuning. Tapi bukan bermakna Nad adalah kekasih Syed Imran.

“Jadi, apa alasan untuk kau nafikan lagi. Tadi jugak dah terang-terang kau orang pakai t-shirt sama warna. Dan kami berdua nampak dia pegang tangan kau.” Shila bercakap seperti polis saja. Macamlah Nad sudah buat kesalahan besar. Tetapi yang sebenarnya, Shila rasa cemburu. Sangat-sangat cemburu kerana Nad sudah menjadi pilihan Syed Imran. Mana boleh Nad berdampingan dengan Syed Imran.

“Aku tak dating dengan dia okey, tiba-tiba saja dia datang jumpa aku. Buat perangai macam orang gila. Aku sendiri pun terperanjat sebab aku memang tak tahu apa-apa. Tolonglah percaya.” Nad cuba jelaskan keadaan yang sebenarnya. Kenapa susah sangat nak jelaskan perkara sebenarnya. Kenapa dua orang sahabatnya itu langsung tak mahu percaya apa yang Nad cakap?

“Aku bukan tak percaya, tapi ka uni memang jenis kuat simpan rahsia. Dengan kami pun kau nak berahsia-rahsia.” Shila jeling semacaam. Menampakkan rasa kurang percayanya.

“Sekejap, kau orang kenal dengan perempuan yang bercakap dengan Syed Imran tadi?” Tiba-tiba Nad teringat akan perempuan tadi.

“Syarifah Khadeja.” Serentak Ain dan Shila jawab.

‘Oh.” Nad cuba ingat kat mana dia pernah nampak Syarifah Khadeja.

“Sepupu Syed Imran, satu semester dengan kita.”

Kisahnya. Padanlah Nad biasa nampak saja perempuan tu. “jom balik dulu. Dah dekat maghrib ni.” Nad ajak. Kalau dibiarkan mahu lupa diri masing-masing.

“Wei, kau jangan nak mengelak. Kami tahulah kau ajak kami naik sebab tak nak jawab soalan kami. Selagi kau tak jawab soalan kami, jangan harap kami nak balik.” Ain ugut. Tiba-tiba aje ajak balik bilik. Maghrib apanya kalau baru 6.30 petang.

“Eh, suka hati kau oranglah. Ada aku kisah?” Nad terus tak peduli. Lantak kau oranglah. Nad sudah penat nak jelaskan semuanya. Bukannya mereka nak percaya pun.

“Wei…” Shila dan Ain cakap serentak. Tapi Nad terus tak peduli.



BERSAMBUNG....




5 ulasan: