KERIUHAN kota
keriangan Genting Highlands petang itu buat Nad lagi sakit kepala. Betul-betul
kepalanya jadi serabut.Langsung tidak memberi apa-apa ketenangan. Kenapalah dia
boleh terjebak ikut sama percutian yang bersifat sia-sia dan tidak berfaedah
langsung. Tempat begitu tidak sesuai untuk melapangkan fikiran. Bertambah sesak
adalah. Nad perlukan tempat yang sunyi sepi dan mendamaikan. Nad rindu
kehijauan Cameron Highlands dengan udaranya yang nyaman dan Nad kepingin benar
menghirup udara segar kebiruan air laut. Namun hajat itu terpaksa disimpan buat
sementara waktu memandangkan dia kalah dalam undian 1 lawan 2 dan tentulah 2
yang menang.
Nad tarik nafas panjang. Kalau perasaan ini bukan
namanya bosan,apa lagi perkataan yang sesuai menggambarkan keadaannya? Kalau boleh balik,sudah lama dia
lari balik. Dia rela duduk di rumah saja untuk menghabiskan cuti yang ada.
Langkah perlahan Nad atur satu-satu di tengah-tengah
kesesakkan. Mahu mencari tempat yang lebih selesa dari keriuhan. Tapi di mana?
Setiap sudut ada saja manusia.
Masing-masing nampak gembira. Hanya dia saja yang tak habis-habis dengan
bosan,bosan dan bosan.
Tiba-tiba tangan Nad dipegang kemas oleh seorang
lelaki dan lelaki itu ajak Nad berlari seperti sedang dikejar sesuatu. Nad
meronta minta tangan dilepaskan. “Eh,awak salah pegang tanganlah,” kata Nad.
Rasa terkejut saling mengusai perasaannya ketika itu. TIba-tiba saja tangan
dipegang tak tentu pasal. Orang gila ke apa ni?
Lelaki itu masih berdegil. Akhirnya terpaksalah Nad
tampar belakang lelaki tersebut dengan kuat. Hanya dengan cara itu saja
membuatkan langkah lelaki yang Nad tidak kenali langsung terhenti dan tangan
Nad dilepaskan segera.
“Awak dah salah pegang tanganlah. Saya bukan kekasih
awak,” ujar Nad sambil gosok pergelengan tangan kiri yang sedikit sakit akibat
dipegang dengan kuat. Gila betul. Suka-suka hati nak pegang tangan orang.
Lelaki itu pandang Nad dengan pandangan tepat.
“Awak salah orang,’ tegas Nad sekali lagi bila nampak
lelaki yang berdiri di hadapannya semacam orang bingung saja. Entah apa-apa.
Sedang cuaca terang benderang begini pun masih tidak kenal orang. Masalah
betul.
Syed Imran senyum puas. Saya tak salah orang, awak.
Saya pegang tangan orang yang betul sebentar tadi. Awak tu aje yang tak
perasan.
“Ya? Betul awak tak kenal saya? Bukan kita sekarang
pasangan kekasih? Macam mana awak boleh nafikan hubungan kita? Awak, awak
jangan buat saya macam ni. Saya kekasih awak. Awak tak kenal saya ke? Dah enam
bulan kita jadi pasangan kekasih,” jelas Syed Imran. Matanya masih pandang Nad.
Gadis yang sudah menjadi intaian sejak Nad di semester pertama lagi. Cuma baru
hari ini berani mahu menyapa dan buat perangai. Sudah buntu memikirkan cara
untuk memulakan perkenalan. Namun hari ini seperti sudah terbuka jalan untuk
memulakannnya walau dengan cara yang tidak terduga. Maaf awak. Saya tak ada
cara lain.
Rasa seluruh badan Nad menggeletar. Lelaki berkulit
sedikit gelap dengan tubuh yang agak tinggi dan rasa-rasanya usia mereka tidak
jauh beza, Nad pandang dengan rasa takut dan tanda tanya. Lelaki itu hilang
ingatan atau aku yang gila sekarang ini? Bila masa aku berkasih, soal Nad di
dalam hati lagi. Pelik. Memang Nad tidak kenal langsung.
“Eh! Saya tak kenal awak. Serius ni, saya tak kenal
awak. Nama saya Intan Nadhira. Awak salah orang ni.” Nad cuba yakinkan lelaki
itu.
“Nad, awak tak ingat saya ke? Saya Syed Imran. Saya
sudah jadi kekasih awak selama enam bulan. Kenapa awak masih tak ingat saya?” Terpaksa
Syed Imran memperkenalkan dirinya dan cuba menyakinkan Nad tentang keadaan
sebenar walaupun tipu semata-mata. Saja mahu kelirukan Nad.
Nad gigit hujung bibirnya. Ya Tuhan, aku memang sudah
gila rupanya. Kenapa aku tidak boleh kenal lelaki bernama Syed Imran ini
sedangkan dia memanggil aku dengan Nad. Hanya orang yang paling rapat denganku
saja memanggil aku dengan nama itu dan yang lainnya akan memanggil aku dengan
Intan. Nad tepuk dahi. Dia benar-benar keliru ketika ini. Yang mana satu mahu
percaya, diri sendiri atau kata-kata Syed Imran. Ya ampun, aku tak mahu jadi
orang gila.
“Maaf, awak memang sudah salah orang. Saya masih ingat
lagi. Selama enam bulan ini saya tidak pernah ada sebarang hubungan dengan
lelaki. Jauh sekali memiliki seorang kekasih. Saya rasa awak memang salah
orang.” Sekerasnya Nad menafikan. Memang dia tidak pernah ada kekasih sebelum
ini.
“Nad, pandang muka sayaa,” kata Syed Imran pula. Dalam
hati sudah gelak sakan. Mahu dia tak gelak bila situasi ketika itu sangat
lawak. Melihat kekeliruan pada wajah Nad saja buat Syed Imran tidak tahan. LUcu
gila wajah Nad ketika itu.
“Memang saya pandang muka awak.” Lelaki yang berambut
lurus itu Nad pandang tak sudah. Cuba amati betul-betul. Sah, memang dia tak
kenal. Kerat jari pun Nad berani bertaruh, jangan kata nak bercinta, kenal dia
pun tidak.
“Awak, tolonglah. Saya belum hilang ingatan dan saya
bukan orang gila tapi serius, saya memang tak kenal awak. Awak ni siapa
sebenarnya?” Nad rasa mahu menangis pun ada bila tiba-tiba lelaki mengaku dia
kekasihnya.
“Nad, sampai hati awak. Sampai hati awak buat saya
macam ni. Apa yang dah terjadi pada awak sampai awak tak ingat saya langsung?
Selama ni saya tak pernah berubah. Saya tetap setia terhadap awak. Tergamak
awak tak kenal saya. Jangan berpura-pura lagi Nad. Tidak cukupkah kasih sayang
saya terhadap awak selama ni? Awak nak saya buat macam mana lagi?” Mahu
terburai juga ketawa kalau begini. Sudah hampir seminggu Syed Imran hafal
dialog tersebut. Mujur kali ji lepas dan tak sangkut-sangkut. Kalau macam ni
boleh jadi Mat Romeo.
Nad pegang dahi yang baru di tampar tadi. Dahi yang
sama berkerut seribu. Kenapa ni> Kenapa dia tak ingat apa-apa? Apakah Nad
sudah hilang ingatan sampai kekasih sendiri pun dia tak kenal? Tapi kenapa pula
Nad harus hilang ingatan kalau selama ni dia memang waras. Nad belum diserang
apa-apa penyakit yang menyebabkan daya ingatannya hilang. Ah! Siapa pulak
lelaki yang tiba-tiba bersungguh mengaku Nad kekasihnya.
“Saya memang tak kenal awak. Macam mana saya nak
mengaku. Tolong faham sama. Awak jangan nak memandai cakap saya kekasih awak
sedangkan awak pun saya tak kenal saya siapa.” Susahnya kalau bercakap dengan
orang yang tak faham bahasa ni. Dah jenuh beri penjelasan, masih tak
faham-faham.
“Apa pulak saya tak kenal awak. Awak penuntut kolej
Bistari. Awak tinggal di Apartment Delima. Depan apartment awak ada pokok
besar. Bawah poko tulah kita selalu datng.” Syed Imran tahan gelak lagi. Jangan
sampai terburai Syed Imran. Habis awak nanti. Tengok gaya memang boleh layang
pelempang ninja.
“Sekejap…” Nad garu kening pula. Memang betul Nad
penuntut Kolej Bistari dan tinggal di Apartment Delima. Di hadapan apartment
mereka ada sepohon pokok yang daunnya bila musim kemarau akan kekuningan dan
sangat cantik. Tidak pernah berbunga atau berbuah dan sentiasa menjadi naungan
mereka waktu petang. Tapi Nad tak pernah dating dengan siapa-siapa di bawah
pokok tu. Sumpah, dia belum terfikir nak buat kerja bodoh tu.
“Abang Im…” Dalam kalut Nad betulkan ingatan,
tiba-tiba seorang gadis berdiri di haadapan mereka.
Syed Imran terus saja pandang gadis itu. Menyirap juga
darah. Ni karang ada juga yang kena lempang. Kacau daun sungguh. “Sampai dah
perempuan gedik ni…” Syed Imran merungut sendiri. Wajahnya juga berubah. Masam
dan marah. Macam mana pulak perempuan sorang ni boleh terlepas kandang. Tahu
saja ke mana Syed Imran pergi.
“Sampai sini kau ikut aku? Kau ni kenapa? Gila ke
apa?” Syed Imran sengaja tinggikan suaranya. Rasa gembiranya hilang sudah. Dia
baru merancang hari yang indah, tiba-tiba sudah ada pengacau. Bengangnya.
Ikutkan hati memang ada yang kena.
Betul-betul buat Nad terkejut. Tiba-tiba saja Syed
Imran boleh meninggikan suara. Tadi okey aje masa beritahu Nad kekasihnya. Apa
kes pulak ni? Pening, pening. Tak habis satu babak, timbul pulak babak lain.
“Siapa perempuan ni? Gadis berambut panjang melepasi
dada itu bertanaya sambil tunjuk jari telunjuk kanan ke arah Nad bersama rasa
marah yang membuak.
“Intan Nadhira binti Hasyim. Kekasih aku. Kenapa? Kau
susah hati ke?” jawah Syed Imran tidak teragak langsung. Kalau boleh dia mahu
umum satu dunia, bahawa Nad itu kekasihnya. Peduli apa dia.
Nad gigit kuku jari telunjuk kanan. Berusaha sabarkan
perasaan. Memang suka-suka hati saja Syd Imran ini bercakap. Ikutkan nak aje
Nad lempang sekali tapi dia tidak boleh bertindak begitu. Mahu melihat adegan
apa lagi selepas ni.
“Apa?” Gadis itu menyoal dengan suara kuat.
“Pekak ke? Aku cakap kekasih aku. Nak aku ulang berapa
kali sampai kau boleh faham? Aku sekarang dah ada kekasih. Jadi boleh tak kau
jangan ganggu aku? Berambus sekarang. Aku tak nak tengok muka kau.” Suara Syed
Imran juga naik sama. Hilang sudah kesabarannya. Tak habis-habis sepupunya itu
buat perangai.
Dan Nad semakin faham kini. Dia sekarang berstatuskan
kambing hitam rupanya. Sebenarnya tak ada siapa-siapa yang gila. Nad sedang
dipergunakan untuk sesuatu yang dia tak tahu, tapi kenapa pilih dia untuk
melakonkan watak kambing hitam? Kenapa tidak pilih saja orang lain yang lebih
sesuai. Atau dia sudah berada di tempat dan masa yang tidak sepatutnya? Ah!
Betul-betul silap hari bulan. Dan rasanya seperti Nad kenal saja perempuan yang
kena tengking ini. Macam biasa nampak.
“Sampai hati Abang Im.” Gadis itu mula mengalirkan air
mata dan Nad mahu saja bercakap benar. Mahu terangkan kedudukan sebenarnya.
Mahu beritahu, dia langsung tidak terlibat dalam cerita, tapi pelik Nad sendiri
rasa berat mahu bercakap. Jadi penonton rasanya lebih bagus.
“Kau dah tahu aku ada kekasih bukan? Jadi apa lagi,
blah sekarang. Jangan kaacau aku lagi,” Kasar saja suara Syed Imran. Dia tidak
akan lemah dengan air mata murah Syarifah Khadeja. Sudah biasa lihat perempuan
tu menangis. Silap sikit menangis. Kalau dikumpulkan air mata Syarifah Khadeja
itu mahu cukup untuk buat air kolan renang.
Nad pandang pula Syed Imran. Mamat ni kalau saudara
mara Nad, memang sah kena lempang. Suka-suka hati dia nak halau orang.
Suka-suka hati buat anak dara orang menangis. Macamlah dia tu kacak sangat.
Huh, meluat Nad tengok. Berlagak, betul.
“Sampai hati Abang Im buat Eja macam ni. Eja beritahu
mak long nanti.” Syarifah Khadeja berlalu sambil hentak kaki dan Nad iringi
langkah gadis itu dengan perasaan geram. Bukan geram pada gadis itu tetapi
geram kepada Syed Imran.
“Jadi, apa hal sebenarnya ni?” Nad tanya Syed Imran
dengan kasar sebaik sahaja Syarifah Khadeja berlalu pergi. Wajah Syed Imran Nad
tentang dengan perasaan marah. Terang-terang Nad sudah dipergunakan.
“Panjang ceritanya.” Syed Imran garu kening, tapi
sempat lagi dia jeling Nad. Suka melihat wajah Nad begitu. Tambah comel dan
tambah manis. Walau susah dia dapat melihat senyuman Nad, tapi tetap manis di
mata Syed Imran.
“Jadi pendekkan. Saya pun tak ada masa nak dengar
cerita awak panjang-panjang,” balas Nad.
“Betul awak tak kenal saya?” Syed Imran tanya lagi
dengan soalan yang membuatkan marah Nad bertambah-tambah. Lagi mahu tanya
dengan soalan yang sama. Tadi sudah jelas-jelas Nad sekadar dipergunakan.
Nad gigit kuku ibu jari kanan pula sambil tahan
perasaan marah. Memang nak marah tapi kemarahan itu tidak boleh dia lepaskan.
Mana elok kalau Nad maki hamun dengan kata-kata kesat. Nati-nanti dia juga yang
dipandang buruk. Lagipun memang Nad jarang marah orang.
“Serius saya tak kenal awak. Tolonglah jangan sambung
main drama. Bukan saya tak tahu apa yang sedang berlaku terhadap awak.
Sekalipun nak lari dari keadaan, jangan pergunkan orang lain sesuka hati awak.
Jangan terlalu pentingkan diri sendiri.” Nad pandang lagi wajah Syed Imran yang
sudah menampakkan sedikit perubahan.
“Okey, kalau tak kenal tak apa?” Syed Imran atur
langkah. Terasa hati.
“Hey, awak belum jelaskan apa-apa lagi,” Nad tarik
bahu Syed Imran.
“Apa yang saya nak jelaskan kalau awak sendiri tak
kenal siapa saya. Jadi saya kira penjelasan saya tak begitu penting.” Serius
saja cara Syed Imran bercakap. Dan dia marahkan Nad sama. Mustahillah tak
kenal. Memang tak logic langsung. Dia yang sangat terkenal di Kolej Bistari,
boleh lagi tidak kenal.
“Walaupun saya tak kenal awak, tapi saya perlukan
penjelasan awak sebab awak kenal saya. Tolonglah jangan main-main, “ marah Nad.
“Memang saya ada hati nak jelaskan semua, tapi itu
tadi. Sekarang ni saya dah tawar hati. Syed Imran sambung langkah. Terasa hati
yang tadinya hanya separuh, kini jadi bertambah-tambah.
“Hey!” Nad separuh menjerit. Terasa dirinya
diperbodohkan. Tapi Syed Imran langsung tidak peduli.
“Tak guna, dia yang cari pasal dengan aku, dia pulak
yang marah aku,” rungut Nad sendirian.
“Nad.” Ada orang tampar bahunya.
“Apa?” Nad pandang belakang dengan rasa marah. Sebab
itu ‘apa’ disebut kuat.Nad nampak dua teman karibnya, Shila dan Ain sudah
tercegat di belakang Nad. Bermakna kedua mereka sudah melihat adegan tadi? Ah
sudah! Mahu tak menang mulut mahu menjelaskan keadaan nanti. Tiba-tiba saja Nad
rasa sesak nafas. Sah, pasti bakal ada acara bersoal jawab yang tidak
menyenangkan
“Kau dating dengan Syed Imran? Kaulah kekasih Syed
Imran? Soal Ain bertalu. Matanya bulat pandang Nad dan pamer wajah terperanjat
amat sangat. Tidak sangka rupanya Nad kekasih lelaki pujaan budak perempuan
kolej mereka.
“Betul Nad?” Shila pula bertanya. Masing-masing
kelihatan tidak tentu arah saja sebab masing-masing tak sangka.
“Apanya yang betul?” Nad tanya balik. Serius dia
sendiri tak faham dengan kedudukan sebenar. Lelaki yang bernama Syed Imran itu
juga baru dia kenal beberapa minit yang lalu.
“Kau ada hubungan dengan Syed Imran?” soal Ain, ingin
kepastian. Tadi sudah berpegangan tangan bagai, mustahil mahu menafikan lagi.
Nad pandang wajah Shila, kemudian Ain. “Aku nak tahu
jugak, Syed Imran tu siapa sebenarnya?” Pelik jugak , macam mana Ain dan Shila
boleh tahu siapa Syed Imran itu.
“Kau betul tak kenal dia?” Shila bertanya dengan
perasaan sedikit tidak sedap. Tadi sudah berpegang tangan. Jadinya sah sah
sudah ada hubungan namun cara Nad bertanya agak pelik. Nak rahsia apa lagi
kalau rahsia sudah pecah. Syed Imran pun satu, macamlah tak ada perempuan lain.
Sakit hati Shila bila tahu Nad jadi pilihan Syed Imran.
“Eh, kalau aku kenal dia, aku taklah sibuk tanya kau
orang. Sebab aku tak kenallah aku tanya.” Angin sudah. Nad sudahlah begang
dengan Syed Imran, sekarang Shila dan Ain pula yang buat pasal.
“Boleh tak kau jangan berlakon, Nad.” Shila perli.
“Berlakon apanya.?” Berang Nad bertambah-tambah.
“Dia kan pelajar paling popular untuk tiga semester
berturut-turut? Kau pun ada undi dia bukan? Shila beritahu. Masih tak percaya
dengan alasan Nad .Tahu Nad sedang sembunyikan sesuatu.
Nad tampar dahi. “Itu Syed Imran?” soalnya. Baru tahu
itulah jejaka yang menjadi idaman kebanyakkan penuntut perempuan.
“Yalah,” Serentak Shila dan Ain jawab.
“Walahwei, padanlah mamat tu naik angin bila aku cakap
aku tak kenal dia. Pelajar popular rupanya. Aduhai. Tapi serius, memang aku tak
kenal dia,” kata Nad lagi.
“Kau dating dengan dia ke?” Shila sperti terdesak nak
taju jawapan.
“Apa motif kau cakap aku dating dengan dia?” Nad soal
balik Shila. Rasa marah yang sudah berkurangan tadi, datang semula. Tiba-tiba
saja dituduh jadi kekasih Syed Imran sedang Nad sendiri tidak tahu hujung
pangkal.
“Sebabnya dalam sejarah kolej keluaran bulan ni, Syed
Imran ada beritahu yang dia sudah ada kekasih. Kekasih dia muda dua tahun
daripada dia. Tak bertudung dan berambut panjang. Berkulit kuning langsat dan
bertubuh langsing.” Ain bercakap sambil pandang Nad atas bawah. Semua yang Syed
Imran sebut dalam majalah tersebut ada pada diri Nad.
“Warna kegemaran kekasih dia adalah warna kuning dan
suka gigit kuku ibu jari kanan,” tokok Ain. Cepat-cepat Nad turunkan ibu jari
kanan dari mulut dan pandang baju yang dia pakai. Memang Nad suka warna kuning.
Tapi bukan bermakna Nad adalah kekasih Syed Imran.
“Jadi, apa alasan untuk kau nafikan lagi. Tadi jugak
dah terang-terang kau orang pakai t-shirt sama warna. Dan kami berdua nampak
dia pegang tangan kau.” Shila bercakap seperti polis saja. Macamlah Nad sudah
buat kesalahan besar. Tetapi yang sebenarnya, Shila rasa cemburu. Sangat-sangat
cemburu kerana Nad sudah menjadi pilihan Syed Imran. Mana boleh Nad
berdampingan dengan Syed Imran.
“Aku tak dating dengan dia okey, tiba-tiba saja dia
datang jumpa aku. Buat perangai macam orang gila. Aku sendiri pun terperanjat
sebab aku memang tak tahu apa-apa. Tolonglah percaya.” Nad cuba jelaskan
keadaan yang sebenarnya. Kenapa susah sangat nak jelaskan perkara sebenarnya.
Kenapa dua orang sahabatnya itu langsung tak mahu percaya apa yang Nad cakap?
“Aku bukan tak percaya, tapi ka uni memang jenis kuat
simpan rahsia. Dengan kami pun kau nak berahsia-rahsia.” Shila jeling semacaam.
Menampakkan rasa kurang percayanya.
“Sekejap, kau orang kenal dengan perempuan yang
bercakap dengan Syed Imran tadi?” Tiba-tiba Nad teringat akan perempuan tadi.
“Syarifah Khadeja.” Serentak Ain dan Shila jawab.
‘Oh.” Nad cuba ingat kat mana dia pernah nampak
Syarifah Khadeja.
“Sepupu Syed Imran, satu semester dengan kita.”
Kisahnya. Padanlah Nad biasa nampak saja perempuan tu.
“jom balik dulu. Dah dekat maghrib ni.” Nad ajak. Kalau dibiarkan mahu lupa
diri masing-masing.
“Wei, kau jangan nak mengelak. Kami tahulah kau ajak
kami naik sebab tak nak jawab soalan kami. Selagi kau tak jawab soalan kami,
jangan harap kami nak balik.” Ain ugut. Tiba-tiba aje ajak balik bilik. Maghrib
apanya kalau baru 6.30 petang.
“Eh, suka hati kau oranglah. Ada aku kisah?” Nad terus
tak peduli. Lantak kau oranglah. Nad sudah penat nak jelaskan semuanya.
Bukannya mereka nak percaya pun.
“Wei…” Shila dan Ain cakap serentak. Tapi Nad terus
tak peduli.
BERSAMBUNG....